the winner takes it all

Wednesday 4 December 2013

Penyengat laa sangat

Penyengat, dalam bahasa saintifiknya ophion luteus (ichneumoidae) adalah merupakan sejenis serangga Hymenoptera yang bukan lebah atau semut. Sesuai dengan nama yang diberikan kepadanya, aktif mennyengat dengan penggunakan alat sengatannya terutama sekali apabila beliau merasakan dirinya dalam keadaan terancam. Begitulah dengan apa yang terjadi kepada penukil lewat jumaat lalu. Bukan niat untuk memburukkan serangga tersebut tetapi ada metafora yang kadang-kadang seringkali dipandang sepi pada sisi kiri kejadian yang berlaku. Menyalahkan penyengat kerana menyengat telinga kesayangan penukil menghasilkan bengkak dan tampak canggung (besar sebelah) pabila wajah terpapar di cermin bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana sudah lumrah alam, antara tugasnya yang lain adalah untuk menyengat. Sesungguhnya Tuhan itu tidak sesekali menjadikan sesuatu makhluk di alam ini secara sia-sia, tanpa tujuan walaupun hanya seekor kuman pasti ada kebaikan atau keburukannya kepada manusia dan makhluk lain atau dalam ertikata, memegang watak yang tersendiri bagi memeriahkan lagi pentas dunia yang penuh ketidakpastian ini. Atas ketidakpastian ini seharusnya kita menerima dengan hati yang terbuka dan redha dengan segala perlakuan makhluk lain terhadap diri kerna yang pasti, diri sendiri pun tidak pasti apakah kita pasti telah perlakukan terhadap makhuk-makhluk lain dengan perlakuan dan layanan selayaknya….yang pasti juga disebalik keburukan yang berlaku, ada kebaikan…dan tidak semestinya kebaikan yang datang, tiada sembunyinya kemudharatan. Apapun, sama-samalah jaga diri masing2 supaya tidak menjadi mangsa peyengat.  
ini bukan penyengat, tetapi anteater yang tidak menyengat.

No comments:

Post a Comment