the winner takes it all

Thursday 5 December 2013

Lovelight = Cahaya Cinta

Pernah dengar ABBA tak? ABBA?
tak pernah?? 

cite ni? ....pernah tengok tak?
kalau pernah tengok filem ini, nak bagitau, lagu-lagu yang dijadikan sebagai runut bunyi (soundtracks) dalam filem ini adalah diambil dari album-album hits mereka yang kebanyakannya disusun secara medley. Best kan? kalau tak best, takleh nak kata apa.

Jom dengar lagu ni seround
....
liriknya yang rangkap pertama ditaip begini:
I've always hated my room, it's so gloomy and dreary 
Always too dark, for the windows just face the back yard 
So I can't understand how it's happened, how everything's changing 
This old dirty ceiling seems a little whiter 
When you walked into the room it all got so much brighter 

yang mana lebih kurang maksudnya begini:

aku sentiasa benci dgn keadaan bilikku yang suram dan bosan, terlalu malap kerana tingkap mengadap backyard. Sekarang dah berubah, aku makin tak paham siling yang kusam jadi gemerlapan,sejak kau masuk kedalam (bilik), semuanya bertukar menjadi terang benderang…”

Haaa….nampak tak permainannya, lirik klasik walaupun klisye itulah hakikatnya, kisah kehadiran seseorang atau sesuatu dengan membawa sebuah “pemberian” yang dinamakan cinta. Dengan cinta mampu merubah semua, yang buruk jadi jelita, yang pahit jadi jadi gula-gula, yang gelap jadi cerah (walaupun takde pelita atau krim pemutih garnier) dan yang tua jadi muda semula (he100x) -  kalau tak percaya cubalah.

Cinta itu fitrah, pengertiannya luas, tak terbatas kepada dan sesama makhluk yang bernafas. Tanpa cinta, manusia kan lemas, dengan cinta juga manusia sesak nafas.   Cinta diibarat gula, terlebih gula diabetis akibatnya, tekurang gula hypoglycemia pula. Itulah kelemahan bertukar cinta sesama manusia, jiwa dan perasaan jadi taruhan, disamping wang dan zaman terbuang tanpa pulangan. Cinta kepada Tuhan itu jawapan, tiada halangan tiada kesakitan, hatta nyawa rela dipersembahkan, demi kebadian selepas kehidupan. Asal sebuah cinta itu suci lagi murni, terpulang kepada mereka untuk meraikan cintanya dengan sebaik cara, seelok daya agar ianya berjaya, disukai seisi dunia dan terpenting dirahmat Sang Pencipta. Pokok-pangkal niatnya itu mesti jelas dan nyata. Baik niatnya sempurnalah ia, buruk niatnya, ada lah balasannya.

2 sen dariku...

No comments:

Post a Comment