the winner takes it all

Monday 9 December 2013

Japan Fever di UPMKB!!

Assalamualaikum dan konichiwa, salam pembuka bicara semoga pembaca dipayungi rahmat Tuhan alam semesta hendaknya tidak kira senang atau sukar keadannya-Allahumma amien....



Rata2 student UPMKB bercerita tentang keterujaan mereka mengenai Japanese Film Festival 2013 yang diadakan di Dewan Seri Kenyalang pada 7 dan 8 disember lalu. Tidak sedikit aktiviti yang dianjurkan oleh Japan Foundation bersama Universiti Putra Malaysia dan dibiaya oleh Mitsubishi Corporation ini antaranya semestinyalah tayangan percuma filem Jepun yang terdiri dari pelbagai genre, daripada cereka sehinggalah dokumentari walaupun kebanyakan cerita yang ditayangkan agak membosankan tapi bagi mereka yang benar2 menghayatinya pasti mendapat mesej disebalik jalan cerita tersebut. Aku sebenarnya tidak mahu mengulas mengenai filem2 yang terlibat dalam festival ini, cukuplah secara umum seperti apa yang aku nyatakan sebentar tadi. 

Selain daripada itu penganjur cuba mengetengahkan identiti murni seperti demonstrasi pemakaian traditional attire Jepun dalam slot Yukata & School Uniform Trial Fitting yang kebanyakan student amat teruja untuk mencubanya termasuklah aku sendiri. Tak sangka aku terpilih sebagai salah seorang model untuk memperagakan pakaian yang penuh tradisi dan prinsip ini. Terima kasih kepada tuanpunya blog streetlifeofrain.blogspot.com kerana jemput abejat -walaupun duduk agak terperosok dibelakang pagi itu dikau nampak jua- untuk menjadi salah seorang model yukata. Kenapa aku nyatakan pakaian ini penuh prinsip? Kerana setiap pakaian yang disarung ada cara-caranya yang tersendiri, bekung pada pinggang serta ikatan bengkung itu setiapnya mempunyai abstraknya yang tersendiri, dan untuk memakainya sehingga sempurna mengambil masa antara 20 sehingga 30 minit (kalau tanak nasi memang nasi masak dulu).
peragawan dan peragawati yukata bersama peminat terkini
pehh!! memang tak menang tangan untuk bergambar



Origami (bukan sejenis rempah seperti gambar diatas) pun ade, iaitu seni lipatan menjadi sesebuah objek yang “masam shumeeel sra, masam santeeekk sra”…well chomel la sangat.

beginila keadaannya di booth origami. Gambar atas tu kelihatan oyib sedang memperagakan senyuman origaminya. Gambar kiri kelihatan ana sebagai instruktor origami bersama limpahan  hasil origami disertai senyuman lebar penuh keamanan dan anak-anak didik beliau. Kelihatan tuanpunya blog thestreetlifeofrain.blogspot.com sedang mengurut tengkuknya yang keletihan akibat terlalu banyak melipat.

ini adalah hasil karyaku yang tiada diajarkan di booth origami pada hari itu--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------->

zuzu, yaya(m) dan zaza, masing-masing teruja dengan hasil ciptaan origami mereka dan menyempatkan diri untuk mengabadikan saat-saat itu dalam galeri digitalku ini. Ng yang iras2 orang Jepun juga tidak ketinggalan untuk mencuba origami bakul yang berbakul-bakul dibuatnya. Gambatte!















Slot Mini Japanese Language Session pun aku mengikutinya, memang mini sesi tersebut semini kereta mini. Padat dan ringkas, belajar bagaimana nak greet orang “hajimemashite” pokjat desu…hait!!” pehh, memang x pelat jepang aku! Erkkk (cekik diri sendiri). Pastu belajar lagi apa yang dikatakan oleh instructor jepun (yang aku tak tahu namanya itu) onomatopoeia atau dalam erti kata lain mengajuk perbuatan dengan menggunakan isyarat suara macam kat gambar bawah ini.


Lagi ade demo permainan tradisi macam bola yang ade tali cam yang Nobita selalu main tu pastu macam kat dalam cite banzuke yang diorang ketuk kayu bertingkat2 tah nama ape ntah tapi yang ni saiz asal, kecik x macam kat dalam tv tu dan fyi aku berjaya mengetuk semua lapisan kayu tersebut tanpa menjatuhkan kepala samurai yang berada diatas sekali tapi sayangnya saat yang membanggakan itu tiada siapa yang rakam. Mungkin kejelesan atau keterujaan menyaksikan aku berjaya mengenepikan kesemua bongkah silinder kayu tersebut kerana menurut penjaga booth itu, hanya aku sorang je yang dapat melakukan dengan jayanya maka saat itu tak berjaya dirakam. Kalau tak percaya tanyalah tuanpunya blog maryamnashrah.blogspot.com kerana beliau berada di tempat kejadian.

Dan banyak lagi lah aktiviti yang dijalankan oleh penganjur dalam festival ini. Secara keseluruhannya, program ini memberi banyak info tentang negara Jepun walau ade juga yang berasa kecewa kerana Naruto dan Conan tidak muncul dan sushi serta ramen tiada kedapatan di booth jualan makanan dibelakang Dewan Sri Kenyalang. Walau apepun, aktiviti sepanjang hujung minggu lalu penuh dengan menghadiri program ini sehingga aku tak dapat mengulangkaji pelajaran….tak cukup waktu? over excited? Atau semata alasan untuk berselindung disebalik KEMALASAN? So, sendiri mau ingatlah ye….adios amigos!
Wassalamualaikum and happy living :)      

No comments:

Post a Comment