Selamat Harian tak kira siang atau malam....yang penting selamat dan salam dalam keimanan yang tak terpadam dengan pengabdian yang konsistan (patutnya konsisten, tapi nak samakan ritma hujungnya, 'e' ditukar kepada 'a').
Tanpa membuang masa, dalam keadaan yang tetiba pada saat ini hamba teringatkan sejenis makanan jalanan yang menjadi kegemaran sepanjang zaman. Entah mengapa hidangan tersebut secara drastik terkeluar dari kotak pemikiran yang telah bersedia melabuhkan tirai mindanya pada bila-bila masa sebelum awal pagi menjelma..
tahukah anda yang menengok ini apakah bendanya??
bolognaise kacang?
oh tidak sesekali
inilah yang dinamakan koshary, mungkin nama makanan yg pelik bagi Malaysian sebab bunyinya macam orang. Ya memang tak dinafikan bunyinya macam orang tapi bole dimakan. Sebenarnya hidangan ini tiadalah istimewa sangat seitimewa makanan berpasta italiano atau tortilla yang menjadi nachos ala mexicano, tidak, tidak seitimewa itu....hanyalah hidangan biasa yang jang dijaja dengan kereta sorong di tepi-tepi jalan yang berdebu dan nostalgik di Kaherah....
Hasil campuran pasta spaghetti, penne atau kekadang ditukar dengan makaroni atau angel hair, dengan nasi beras kontot berkanji Mesir, diperkayakan dengan gravy tomato ditaburi pula dengan kekacang rangup, lentils, chickpeas ditambah dengan bawang goreng dan sedikit "shattah" (paprika) sebagai penambah rasa sememangnya menambat seleraku untuk terus menikmatinya sepanjang masa terutama sekali tiapkali aku berkunjung ke Kaherah. Bukannya tiada koshary di luar Kaherah seperti Iskandariah tapi bagi aku, orang Kaherah memang pandai buat koshary, kerana kekuatan hidangan tersebut terletak kepada gravynya dimana kemasaman tomato asli terletak tepat pada puncak titik rasa yang tak terhingga...kerana itulah koshary Kaherah adelah yang terbaik dan tersedap.
chef koshary di premis sekitar El-Hussein, Medinet Nasr |
Hampir 11 tahun berlalu, kali terakhir aku menikmatinya di restoran masakan arab seksyen 8Bdr Baru Bangi 2 tahun yang lalu, itu pun hanya dihidangkan setiap Khamis. Biarpun rasanya tidak seasli koshary Kaherah (kerana kebanyakan pengusaha kedai makanan arab adalah dari negara Yaman-bukan Mesir) tapi cukup untuk aku melepaskan rindu terhadap makanan ini sambil bernostalgia dengan sebahagian riwayat hidup Mesirku...malangnya aku tidak lagi dapat merasai koshary kerana kedai tersebut sudah ditutup tanpa kesan. Memang banyak restoran makanan arab di sekitar Bangi dan KL tapi 100% restoran-restoran yang aku kunjungi itu tidak menyediakan koshary dan ketika itu harapan untuk memburu koshary musnah sekaligus aku telah melupakannya sehinggalah pada malam ini kenangan itu menjelma lagi setelah aku membaham 2 buku roti sosej dengan sos lada hitam+sos cili+mayones yang dijaja oleh studen blok E dari pintu ke pintu.
KOSHARY
"walau sesedap manapun hidangan yang disediakan, semewah manapun bahan masakannya namun ia tidak dapat menandingi lazatnya masakan ibu, biarpun hanya nasi putih berlaukkan ikan masin...pehh!!"
No comments:
Post a Comment