the winner takes it all

Tuesday 17 December 2013

MOVEONDAY!

salam perantau salam jarak dipisahkan masa....buat sang pencinta yang mencari cinta tiada pengakhirnya. semoga meraih cinta yang dicita...insyAllah jua....

"ada lubang di kepalaku
dan kau menyusup masuk melalui itu
sungguh aku x sangka yang aku biarkan kau bolos lagi....."



it's moveonday!


never give up, sila hadap! 

Wednesday 11 December 2013

Kepentingan Warga Tua Dalam Arena Muzik Dunia

Assalamualaikum salam sejahtera pembuka kata, buat insan lena dengan arus dunia, tak lupa juga kepada mereka yang lemas dengan karenahnya maupun yang mensyukuri dengan apa yang ada seisinya....

coretan pada kali ini mungkin agak membosankan kerana ianya berkaitan dengan minat persendirian aku yang mungkin tidak kena pada selera genre citarasa pem"follow" blog aku ini yang majoritinya adalah anak muda generasi Bieber (hehehehehe). Walau apepun, jika tiada yang lama maka tiadalah yang baru. So anda kenal pakcik-pakcik ini??


masa muda-muda dulu mereka adalah ini


aku pun pernah bersama mereka masa muda-muda dulu, tak pecaya, cari dimana aku kat gambar bawah ni


kalau jumpe, memang anda seorang yang amat awesome lagi sveet!

Satu-satunya band paling gah dan berpengaruh di dunia dalam genre rock keras sejak mereka bermula dari scene underground (1978) sehinggalah mainstream sekarang. Mendapat kritikan dan kecaman dari segelintir atau mungkin banyak pihak kerana konsert mereka yang diadakan di Stadium Merdeka baru-baru ini. Sejak aku berumur 11 tahun lagi aku teringin melihat mereka membuat persembahan  di Malaysia tapi sayangnya sewaktu mereka berkunjung ke sini aku tidak berkesempatan menyaksikannya kerana waktu itu diluar cuti semester. Biar apapun kritikan terhadap mereka, aku bangga kerana mereka akhirnya datang menerima jemputan untuk membuat persembahan disini, dan jika aku berpeluang menyaksikan persembahan live mereka pada malam itu yang akan aku buat tidak lebih dari menikmati muzik mereka secara live sambil ber headbanging!! 


viva


  !!!!

Selingan untuk malam ini. Salah satu dari lagu kegemaran sepanjang zaman dari band hebat sepanjang abad yang bagi aku mereka adalah the living legend seluar ketat -Escape- *feel no pain but my life aint easy, I know I am my best friend* ....something like that...


that's all for now. ma'assalaamah wa ila liqaa'. 

"Sesungguhnya setiap manusia punya minuman kegemaran masing-masing"

Monday 9 December 2013

Japan Fever di UPMKB!!

Assalamualaikum dan konichiwa, salam pembuka bicara semoga pembaca dipayungi rahmat Tuhan alam semesta hendaknya tidak kira senang atau sukar keadannya-Allahumma amien....



Rata2 student UPMKB bercerita tentang keterujaan mereka mengenai Japanese Film Festival 2013 yang diadakan di Dewan Seri Kenyalang pada 7 dan 8 disember lalu. Tidak sedikit aktiviti yang dianjurkan oleh Japan Foundation bersama Universiti Putra Malaysia dan dibiaya oleh Mitsubishi Corporation ini antaranya semestinyalah tayangan percuma filem Jepun yang terdiri dari pelbagai genre, daripada cereka sehinggalah dokumentari walaupun kebanyakan cerita yang ditayangkan agak membosankan tapi bagi mereka yang benar2 menghayatinya pasti mendapat mesej disebalik jalan cerita tersebut. Aku sebenarnya tidak mahu mengulas mengenai filem2 yang terlibat dalam festival ini, cukuplah secara umum seperti apa yang aku nyatakan sebentar tadi. 

Selain daripada itu penganjur cuba mengetengahkan identiti murni seperti demonstrasi pemakaian traditional attire Jepun dalam slot Yukata & School Uniform Trial Fitting yang kebanyakan student amat teruja untuk mencubanya termasuklah aku sendiri. Tak sangka aku terpilih sebagai salah seorang model untuk memperagakan pakaian yang penuh tradisi dan prinsip ini. Terima kasih kepada tuanpunya blog streetlifeofrain.blogspot.com kerana jemput abejat -walaupun duduk agak terperosok dibelakang pagi itu dikau nampak jua- untuk menjadi salah seorang model yukata. Kenapa aku nyatakan pakaian ini penuh prinsip? Kerana setiap pakaian yang disarung ada cara-caranya yang tersendiri, bekung pada pinggang serta ikatan bengkung itu setiapnya mempunyai abstraknya yang tersendiri, dan untuk memakainya sehingga sempurna mengambil masa antara 20 sehingga 30 minit (kalau tanak nasi memang nasi masak dulu).
peragawan dan peragawati yukata bersama peminat terkini
pehh!! memang tak menang tangan untuk bergambar



Origami (bukan sejenis rempah seperti gambar diatas) pun ade, iaitu seni lipatan menjadi sesebuah objek yang “masam shumeeel sra, masam santeeekk sra”…well chomel la sangat.

beginila keadaannya di booth origami. Gambar atas tu kelihatan oyib sedang memperagakan senyuman origaminya. Gambar kiri kelihatan ana sebagai instruktor origami bersama limpahan  hasil origami disertai senyuman lebar penuh keamanan dan anak-anak didik beliau. Kelihatan tuanpunya blog thestreetlifeofrain.blogspot.com sedang mengurut tengkuknya yang keletihan akibat terlalu banyak melipat.

ini adalah hasil karyaku yang tiada diajarkan di booth origami pada hari itu--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------->

zuzu, yaya(m) dan zaza, masing-masing teruja dengan hasil ciptaan origami mereka dan menyempatkan diri untuk mengabadikan saat-saat itu dalam galeri digitalku ini. Ng yang iras2 orang Jepun juga tidak ketinggalan untuk mencuba origami bakul yang berbakul-bakul dibuatnya. Gambatte!















Slot Mini Japanese Language Session pun aku mengikutinya, memang mini sesi tersebut semini kereta mini. Padat dan ringkas, belajar bagaimana nak greet orang “hajimemashite” pokjat desu…hait!!” pehh, memang x pelat jepang aku! Erkkk (cekik diri sendiri). Pastu belajar lagi apa yang dikatakan oleh instructor jepun (yang aku tak tahu namanya itu) onomatopoeia atau dalam erti kata lain mengajuk perbuatan dengan menggunakan isyarat suara macam kat gambar bawah ini.


Lagi ade demo permainan tradisi macam bola yang ade tali cam yang Nobita selalu main tu pastu macam kat dalam cite banzuke yang diorang ketuk kayu bertingkat2 tah nama ape ntah tapi yang ni saiz asal, kecik x macam kat dalam tv tu dan fyi aku berjaya mengetuk semua lapisan kayu tersebut tanpa menjatuhkan kepala samurai yang berada diatas sekali tapi sayangnya saat yang membanggakan itu tiada siapa yang rakam. Mungkin kejelesan atau keterujaan menyaksikan aku berjaya mengenepikan kesemua bongkah silinder kayu tersebut kerana menurut penjaga booth itu, hanya aku sorang je yang dapat melakukan dengan jayanya maka saat itu tak berjaya dirakam. Kalau tak percaya tanyalah tuanpunya blog maryamnashrah.blogspot.com kerana beliau berada di tempat kejadian.

Dan banyak lagi lah aktiviti yang dijalankan oleh penganjur dalam festival ini. Secara keseluruhannya, program ini memberi banyak info tentang negara Jepun walau ade juga yang berasa kecewa kerana Naruto dan Conan tidak muncul dan sushi serta ramen tiada kedapatan di booth jualan makanan dibelakang Dewan Sri Kenyalang. Walau apepun, aktiviti sepanjang hujung minggu lalu penuh dengan menghadiri program ini sehingga aku tak dapat mengulangkaji pelajaran….tak cukup waktu? over excited? Atau semata alasan untuk berselindung disebalik KEMALASAN? So, sendiri mau ingatlah ye….adios amigos!
Wassalamualaikum and happy living :)      

Thursday 5 December 2013

KOSHARY OOO KOSHARY, DIMANA DIKAU?

Selamat Harian tak kira siang atau malam....yang penting selamat dan salam dalam keimanan yang tak terpadam dengan pengabdian yang konsistan (patutnya konsisten, tapi nak samakan ritma hujungnya, 'e' ditukar kepada 'a').
Tanpa membuang masa, dalam keadaan yang tetiba pada saat ini hamba teringatkan sejenis makanan jalanan yang menjadi kegemaran sepanjang zaman. Entah mengapa hidangan tersebut secara drastik terkeluar dari kotak pemikiran yang telah bersedia melabuhkan tirai mindanya pada bila-bila masa sebelum awal pagi menjelma..

..
tahukah anda yang menengok ini apakah bendanya??

 bolognaise kacang? 

oh tidak sesekali
inilah yang dinamakan koshary, mungkin nama makanan yg pelik bagi Malaysian sebab bunyinya macam orang. Ya memang tak dinafikan bunyinya macam orang tapi bole dimakan. Sebenarnya hidangan ini tiadalah istimewa sangat seitimewa makanan berpasta italiano atau tortilla yang menjadi nachos ala mexicano, tidak, tidak seitimewa itu....hanyalah hidangan biasa yang jang dijaja dengan kereta sorong di tepi-tepi jalan yang berdebu dan nostalgik di Kaherah....
Hasil campuran pasta spaghetti, penne atau kekadang ditukar dengan makaroni atau angel hair, dengan nasi beras kontot berkanji Mesir, diperkayakan dengan gravy tomato ditaburi pula dengan kekacang rangup, lentils, chickpeas ditambah dengan bawang goreng dan sedikit "shattah" (paprika) sebagai penambah rasa sememangnya menambat seleraku untuk terus menikmatinya sepanjang masa terutama sekali tiapkali aku berkunjung ke Kaherah. Bukannya tiada koshary di luar Kaherah seperti Iskandariah tapi bagi aku, orang Kaherah memang pandai buat koshary, kerana kekuatan hidangan tersebut terletak kepada gravynya dimana kemasaman tomato asli terletak tepat pada puncak titik rasa yang tak terhingga...kerana itulah koshary Kaherah adelah yang terbaik dan tersedap.

chef koshary di premis sekitar El-Hussein, Medinet Nasr
Hampir 11 tahun berlalu, kali terakhir aku menikmatinya di restoran masakan arab seksyen 8Bdr Baru Bangi 2 tahun yang lalu, itu pun hanya dihidangkan setiap Khamis. Biarpun rasanya tidak seasli koshary Kaherah (kerana kebanyakan pengusaha kedai makanan arab adalah dari negara Yaman-bukan Mesir) tapi cukup untuk aku melepaskan rindu terhadap makanan ini sambil bernostalgia dengan sebahagian riwayat hidup Mesirku...malangnya aku tidak lagi dapat merasai koshary kerana kedai tersebut sudah ditutup tanpa kesan. Memang banyak restoran makanan arab di sekitar Bangi dan KL tapi 100% restoran-restoran yang aku kunjungi itu tidak menyediakan koshary dan ketika itu harapan untuk memburu koshary musnah sekaligus aku telah melupakannya sehinggalah pada malam ini kenangan itu menjelma lagi setelah aku membaham 2 buku roti sosej dengan sos lada hitam+sos cili+mayones yang dijaja oleh studen blok E dari pintu ke pintu.

 KOSHARY

"walau sesedap manapun hidangan yang disediakan, semewah manapun bahan masakannya namun ia tidak dapat menandingi lazatnya masakan ibu, biarpun hanya nasi putih berlaukkan ikan masin...pehh!!" 



Lovelight = Cahaya Cinta

Pernah dengar ABBA tak? ABBA?
tak pernah?? 

cite ni? ....pernah tengok tak?
kalau pernah tengok filem ini, nak bagitau, lagu-lagu yang dijadikan sebagai runut bunyi (soundtracks) dalam filem ini adalah diambil dari album-album hits mereka yang kebanyakannya disusun secara medley. Best kan? kalau tak best, takleh nak kata apa.

Jom dengar lagu ni seround
....
liriknya yang rangkap pertama ditaip begini:
I've always hated my room, it's so gloomy and dreary 
Always too dark, for the windows just face the back yard 
So I can't understand how it's happened, how everything's changing 
This old dirty ceiling seems a little whiter 
When you walked into the room it all got so much brighter 

yang mana lebih kurang maksudnya begini:

aku sentiasa benci dgn keadaan bilikku yang suram dan bosan, terlalu malap kerana tingkap mengadap backyard. Sekarang dah berubah, aku makin tak paham siling yang kusam jadi gemerlapan,sejak kau masuk kedalam (bilik), semuanya bertukar menjadi terang benderang…”

Haaa….nampak tak permainannya, lirik klasik walaupun klisye itulah hakikatnya, kisah kehadiran seseorang atau sesuatu dengan membawa sebuah “pemberian” yang dinamakan cinta. Dengan cinta mampu merubah semua, yang buruk jadi jelita, yang pahit jadi jadi gula-gula, yang gelap jadi cerah (walaupun takde pelita atau krim pemutih garnier) dan yang tua jadi muda semula (he100x) -  kalau tak percaya cubalah.

Cinta itu fitrah, pengertiannya luas, tak terbatas kepada dan sesama makhluk yang bernafas. Tanpa cinta, manusia kan lemas, dengan cinta juga manusia sesak nafas.   Cinta diibarat gula, terlebih gula diabetis akibatnya, tekurang gula hypoglycemia pula. Itulah kelemahan bertukar cinta sesama manusia, jiwa dan perasaan jadi taruhan, disamping wang dan zaman terbuang tanpa pulangan. Cinta kepada Tuhan itu jawapan, tiada halangan tiada kesakitan, hatta nyawa rela dipersembahkan, demi kebadian selepas kehidupan. Asal sebuah cinta itu suci lagi murni, terpulang kepada mereka untuk meraikan cintanya dengan sebaik cara, seelok daya agar ianya berjaya, disukai seisi dunia dan terpenting dirahmat Sang Pencipta. Pokok-pangkal niatnya itu mesti jelas dan nyata. Baik niatnya sempurnalah ia, buruk niatnya, ada lah balasannya.

2 sen dariku...

Wednesday 4 December 2013

Penyengat laa sangat

Penyengat, dalam bahasa saintifiknya ophion luteus (ichneumoidae) adalah merupakan sejenis serangga Hymenoptera yang bukan lebah atau semut. Sesuai dengan nama yang diberikan kepadanya, aktif mennyengat dengan penggunakan alat sengatannya terutama sekali apabila beliau merasakan dirinya dalam keadaan terancam. Begitulah dengan apa yang terjadi kepada penukil lewat jumaat lalu. Bukan niat untuk memburukkan serangga tersebut tetapi ada metafora yang kadang-kadang seringkali dipandang sepi pada sisi kiri kejadian yang berlaku. Menyalahkan penyengat kerana menyengat telinga kesayangan penukil menghasilkan bengkak dan tampak canggung (besar sebelah) pabila wajah terpapar di cermin bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana sudah lumrah alam, antara tugasnya yang lain adalah untuk menyengat. Sesungguhnya Tuhan itu tidak sesekali menjadikan sesuatu makhluk di alam ini secara sia-sia, tanpa tujuan walaupun hanya seekor kuman pasti ada kebaikan atau keburukannya kepada manusia dan makhluk lain atau dalam ertikata, memegang watak yang tersendiri bagi memeriahkan lagi pentas dunia yang penuh ketidakpastian ini. Atas ketidakpastian ini seharusnya kita menerima dengan hati yang terbuka dan redha dengan segala perlakuan makhluk lain terhadap diri kerna yang pasti, diri sendiri pun tidak pasti apakah kita pasti telah perlakukan terhadap makhuk-makhluk lain dengan perlakuan dan layanan selayaknya….yang pasti juga disebalik keburukan yang berlaku, ada kebaikan…dan tidak semestinya kebaikan yang datang, tiada sembunyinya kemudharatan. Apapun, sama-samalah jaga diri masing2 supaya tidak menjadi mangsa peyengat.  
ini bukan penyengat, tetapi anteater yang tidak menyengat.